Tuesday 2 April 2013

Merapu Meraban :)

Assalamualaikum..

Sekarang jam 1.08pagi. Normal la bagi pelajar lepasan STPM macam ana ni time time macam ni belum tidur lagi. Baru sahaja selesai mendodoikan mr.encik. Tadi dia cakap lagi pasal tunang. Haih, miang nak mampus kau yangg. Haha, semenjak ana cerita pasal tunang ni, amboi kemain lagi dia. Tadi dia cakap lagi " aling rindu sangat, kan best kalau kita dah kahwin, bila rindu je, balik rumah ayang ada. Aling boleh sikatkan rambut, ikatkan rambut, urut urut.. ayang nak kahwin dengan aling tak ?".. ha lebih kurang macam tu laa. so macam biasalah mestilah ana jawab nak*pun miang juga*.. lepastu dia cakap lagi, "dah banyak kali dah kita tunang ni sayang" confirm miang . Haha <3

Hahaha, mr.encik memang berpandangan jauh.. jauhh sangattt ! Selalu dia cakap pasal perancangan masa depan. Entahlah, maybe umur ana yang dah menginjak 20 an ni membuatkan dia teruja nak sembang pasal alam perkahwinan, takpe.. layankan aje :) Mula mula haritu dia cakap pasal kereta. Kami patut ada dua kereta bila dah kahwin bagi memudahkan pergerakan ana nanti.. lepastu cakap pasal rumah. Mr.encik dah berniat nak survey tanah atau rumah.. sebab dia kata sekarang harga rumah dan tanah masih boleh dikatakan murah, biar prepare awal awal sebab masa akan datang nanti harga naik melambung.. lepastu dia tanya berapa harga hantaran yang ana nak letak bila kahwin nanti.. seriously, ada la jugak rasa seram.. rasa macam.."uish mamat ni, aku ni pun belum tentu dapat masuk U lagi, dah fikir jauh ke hadapan".. tapi tak dinafikan terselit rasa gembira sebab boleh nampak kesungguhan dia. Bak kata kawan ana, atleast dah boleh rasa selamat sebab takde nampak ciri ciri nak cari lain dia tu :) kalau macam tu, syukur alhamdulillah.. 

Kadang kadang mr.encik cakap, tak seronok hidup bujang dalam menjalani hidup sebagai askar ni. Kalau dah kahwin, dapat duduk kuarters, takpayah duduk bilik bujang.. kena campur dengan senior dan junior, takde privacy.Kalau stress dekat tempat kerja pun, balik balik mengadap muka isteri sekurang kurangnya terubat jugak rasa stress tu. Ana diam je, taktau dah nak balas apa. Dalam keluarga ana, semua kahwin selepas dapat ijazah.. so, rasanya memang takde kemungkinan lah ana nak melanggar tradisi keluarga unless dah memang ditetapkan Allah jodoh ana ni cepat, ana terima je..*lompat keriangan*

Tapi sebenarnya target hidup ana memang lah nak masuk U, dapatkan segulung ijazah dulu untuk mak abah sebab mula mula hati diorang yang ana nak bahagiakan dulu. Lepastu baru boleh fikir ke arah lain.. tapi perancangan manusia takkan pernah sehebat perancangan Allah. So, ana serahkan semua padaNya. Kita tengok jalan hidup ana macam mana lepas ni :)

No comments:

Post a Comment