Sunday 9 June 2013

Happy Anniversary !!

Assalamualaikum..



HAPPY ANNIVERSARY MR.ENCIK SAYANGGGG  (=
Yeayy ! Harini 090613.. genap dah 4tahun kita bersama. Terima kasih untuk tahun tahun yang menyenangkan, tahun tahun yang indah, tahun tahun yang sentiasa disulami rasa cinta. Alhamdulillah masih lagi kita diizinkan ALLAH untuk bersama dalam perhubungan ini. Alhamdulillah dari hari ke hari rasa sayang, kasih dan cinta saya pada awak tidak pernah berkurang malah semakin bertambah sehingga saya rasa takut untuk kehilangan awak. Terima kasih sebab awak masih setia dan teguh bersama saya, terima kasih masih memilih saya yang serba kekurangan ini untuk menjadi peneman hidup awak. Terima kasih untuk segala kesabaran dan kekayaan cinta yang awak taburkan pada saya sehinggakan saya tidak pernah merasa kurang bila bersama awak. 

Awak, saya nak minta maaf. Sepanjang kita bersama, awak terpaksa berhadapan perangai saya yang tak matang, perangai saya yang dulunya masih lagi memandang lelaki lain bila dengan awak, perangai saya yang tak reti berdikari, perangai saya yang itu yang ini. Haih, saya mengaku saya teruk. Teruk sangat ! Tapi tu dulu, sekarang saya janji nak berubah. Saya nak tumpu hanya pada awak seorang. Saya janji ! 

Mr.Encik.. walaupun orang kata tiada manusia sempurna dalam dunia ni, tapi saya tetap anggap awak manusia yang paling sempurna selepas emak abah dan keluarga saya. Awak dah jadi segalanya pada saya. Awak bodyguard saya paling bagus. Hahaha siapa je berani kacau saya bila saya dengan awak, kan ? Awak hairstylist saya. Awak ingat kan dulu, kita lepak Laman Belia, awak potongkan rambut saya, jadikan depan tu bang. Hee cantik sangat. Kawan kawan saya pun puji. Awak orang yang pertama ajar saya bawak motor yang ada clutch. Hahaha, ingat tak ? Motor pertama yang saya bawak motor RXZ. Haha, masa tu macam nak ape je senget benget bawak. Lepastu saya belajar bawak 125Z pulak. Haa, sekarang kekal bawak LC yang ada clutch. Lepasni awa kena ajar saya bawak scrambler angah awak tu. Hehehe. Ini permintaan yang serius dan benar okay. Hihi. Awak pun boleh jadi dress stylist saya. Hahaha, kebanyakan baju, tudung, kasut saya semua awak belikan. Semua awak pilihkan. Sebab awak suka tengok saya cantik cantik kan ? Awak boleh jadi pelindung terhebat saya. Ingat tak, masa kita kerja kfc dulu ? Bila saya punya shift habis malam, saya kena buat closing, tutup pukul 11malam, tapi shift awak dah habis dulu pukul 8..awak sanggup datang sebab nak temankan saya buat closing then follow saya sampai balik rumah. Kadang kadang kita naik moto sama sama. Lepastu masa saya kerja The Store, tiap tiap hari awak datang tunggu dan jemput saya. Hahaha, sampaikan akak tempat kerja pun boleh kenal dan ngam dengan awak. Tiap tiap hari diorang puji awak. Tapi, ada satu malam tu saya tak boleh nak lupa. Malam tu hujan lebat sangat. Kita redah hujan tu, naik motor asing asing. Saya pakai sweater nipis. Saya sejuk sangat masa tu,yela awak kan tau saya alah dengan sejuk. Tiba tiba awak berhenti tepi jalan, awak bagi saya pakai sweater awak. Saya pakai 2 sweater, awak just pakai tshirt nipis lengan pendek. Sayu sangat hati saya. Masa tu saya memang dah jatuh cinta kali kedua dengan awak sayang :') Awak juga boleh jadi bank saya. Hihihi, saya bila dalam kesempitan duit, awak mesti hulurkan bantuan. Msa saya form6 dulu, boleh kata tiap tiap bulan awak bank in duit untuk saya buat belanja. Terima kasih. Terima kasih encik segalanyaaa . Saya sayang awakk... Awak yang terbaik. 

Tahun ni saya belum fikirkan hadiah apa saya nak bagi dekat awak lah.. Saya pun tengah kesempitan, tapi jangan risau ! In shaa Allah saya akan dapatkan sesuatu untuk awak :) Hehe 2 tahun lepas awak ingat tak awak bagi saya apa ? Awak post sejambak bunga dengan bear dalam kotak besar ! Hehe, saya pun pelik ceruk mana awak belikan semua tu ? Awak dalam kem masa tu. Hahaha, awak balut kotak tu dengan surat khabar. Terharu sangat. Tau sebab apa ? Itu bermakna even dalam kesusahan awak tetap usaha nak bagi saya something. Masa saya dapat tu, saya baru balik dari sekolah, tetiba mak cakap, ni ada orang post hadiah dekat kau. Posmen pun kata besar.. haha.. awak sweet sangat. Haih. Taktau dah nak describe macam mana perasaan saya ni dekat awak. 

Awak memang, birthday dengan anniversary mesti tak miss hadiah. Ada je nak bagi hadiah dekat saya. Saya ni pulak sengkek je memanjang. Birthday awak tahun lepas baru dapat belikan something. Rasa puas sangat, selalu saya buat kad je. Hahaha, tapi dengan kad tu pun boleh buat awak nangis kan ? Hebat kan saya ? Lalalala.. Hahaha. Takdelah, bila kita buat sesuatu dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, mseti dapat menyentuh hati orang tu :)

Hehe, saya membebel je kan.. Tapi saya tulis sambil tersenyum dan sebak tau. Sebab saya rinduu. Rasa lama sangat tak jumpa. Dekat sebulan lebih dah ni. Uhuk.. Awak balik cepat yeee.. saya tunggu :)