Sunday 8 September 2013

Selamat menempuh dunia baru ANA !

Assalamualaikummmm semuaaa ..

Lama suda ana tak update blog ni. Dah bersawang habis dah jadiknya. Lagi satu, memang takde masa dah nak online guna laptop. Memang dah tinggal terus dah laptop, semua apa apa hal guna handphone. Tapi, sekarang ni nampaknya memang akan bermula la pekerjaan mengadap laptop hari hari. Hehehe, nak tau kenapa ? Sebab......

Ana dah berjaya masuk U dan sudah pun bergelar mahasiswa :) ALLAH, indahnya perasaan ni. Taktau macam mana nak ungkapkan. Jadi indah dan happy bila tengok wajah happy parents dan adik beradik kita. Alhamdulillah, ana masih lagi mampu untuk meneruskan legasi keluarga ana, Setakat ni, abang abang dan akak akak ana semua nya masuk U dan dah kerja bagus sekarang. Nampaknya ana memang mewarisi acik ana, iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Sains Malaysia * tepuk tangan *. 

Adui dui dui, seminggu orientasi memang mencabar. Hari hari kena jalan kaki untuk ke dewan utama. Mak aih, memang kemain jauh lagi. Padahal ada je jalan shortcut. Tapi senior bawak jalan jauh pulok.. Huuuyai, sabar jela kan.. Memang nazak seminggu ni, habis kaki n badan sakit sakit. Dah la tu, cuaca pulak hujan mendung jee. dan kalau panas pulak, kemain panas lagi dia bagi. Ya ALLAH, memang dugaan kan. Tapi tu la, kata orang.. nak menuntut ilmu, memang banyak dugaannya. Sebab kita nak mencari sesuatu yang berkat..sabar lah ana. Redhakan hati.. tak lama pun. 3 tahun setengah je dekat sini.. hehe

Okaylah, rasa macam takde apa yang nak ditulis, sebab penat la badan ni. Tak sihat pulak tu.. mood nak menulis tu macam tak umpph! pulak. Hahaha, mengada sungguh bunyi.. Takpelah, ana yakin banyak benda yang ana bole share and cerita selama keberadaan ana di bumi Pulau Pinang ni. semoga ana berjaya jaga diri, iman, nafsu dekat sini. Duit lagi kena pandai jaga. Hahahaha. itu paling penting tu. Survive hidup sorang diri. 

Kay, till we meet again :) tataaa...