Sunday 24 February 2013

Indahnya Kemaafan

Assalamualaikum..

Haih.. ana taktau la. Patut atau tidak terasa. Yes, ana memang seorang yang ego. Lagi lagi bila hati kita disakiti oleh orang yang kita dah sayang dan anggap macam adik. Serius ana tak pernah kisah pasal lelaki. Ya Allah, ana dah ada yang punya, yang pada ana lengkap semuanya, cukup segalanya. Mana mungkin ana nak cari lain? Sikap mesra ana ni selalu disalah faham orang.

Tapi takpelah, just let it be kan ? Dengan seikhlas hati, ana dah maafkan semua. Lagi pula, hidup ana sekarang lebih tenang dan aman. Alhamdulillah, mr.encik sangat memahami. Semua benda ana boleh kongsi dengan dia, dan dia takpernah marah atau salahkan ana. Dia anggap semua manusia buat salah. Untung nya ana dapat lelaki macam dia, Ya Allah :)

Mr.encik kata maafkanlah dan berbaik macam dulu.. dia memang lembut hati. Kadang kadang ana malu, ana perempuan, tapi ana kasar dan agak keras hati, tapi dia lembut dan pemaaf. Ya Allah, Ya Allah :)  Cakap banyak pun takguna, ana cuma nak cakap, ana dah maafkan semua, ana dah boleh lupakan apa saja persengkataan, ana bersedia menerima sesiapa dengan tangan terbuka. Yang muda hormati yang tua. Rasanya tahu kan macam mana nak contact, I'll be waiting, In Shaa Allah  =)




Wednesday 20 February 2013

Mari Cegah Kanser Serviks !

Assalamualaikum semua  :)

Pagi tadi ana teman mak dengan abah pergi Melaka sebab abah ada program apa entah, sekali tu sambil sambil ana pun buatlah IC baru (sebelum ni setia guna IC darjah 6*hehe).. ingatkan nak tukar lesen memandu Percubaan(P) kepada full sebab dekat Pusat Tranformasi Bandar(UTC) tu lengkap ada semua Jabatan Jabatan Kerajaan, tapi malangnya start esok baru boleh. Ceh :(

Selepas habis urusan tu semua*IC baru gambar serupa gengster wa cakap luuuu*,terus heading ke destinasi seterusnya, iaitu MYDIN MITC, sekali tu ana pun ambil kesempatan pergi cekidauutt dekat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk tanya pasal suntikan HPV. Alhamdulillah, takde apa masalah, terus ambil dos suntikan yang pertama. Percuma tau. Ulang suara, PERCUMA ! hehe, before this mak ana pernah tanya dekat klinik private, satu dos bernilai RM150 above gitu. So jangan jadi bodoh or berlagak kaya, marilah ambil yang percuma. Kerajaan dah sediakan, sila manfaatkan. So nak terangkan sikit pasal HPV @ Kanser Serviks ni okay.. Jom baca :)




  • Di Malaysia, kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga yang dihidapi wanita Malaysia.
  • Vaksin untuk mencegah kanser ini disebut sebagai Papillomavirus atau HPV.
  • Sebaiknya vaksin ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
  • Vaksin ini diberi di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali . 


# Suntikan pertama (anytime)
# Suntikan kedua 1 bulan selepas suntikan pertama
# Suntikan ketiga 6 bulan selepas suntikan pertama.


KRITERIA 

* Warganegara yang berumur 18 ke atas
* Tidak hamil
* Tiada kesan sampingan teruk selepas suntikan
* Tiada alahan yang teruk



-  BROSUR*curik dekat klinik. Hahaha -







Ingat ye, adalah penting anda semua melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos ni memberi perlindungan optimum mencegah 70%  kanser serviks. So, korang penting okay untuk kita yang perempuan ni ambil suntikan ni.. untuk masa hadapan kita jugak. Prevention is better than cure, right ? Ana pun masih ada 2 lagi dos yang ana kena lengkapkan. Tak sakit mana pun just kebas kebas je :) 
So, ayuh la kita beramai ramai gegar LPPKN dapatkan suntikan ini okay.. Sampai sini dulu ye, take care readers. Much love :-*



Tuesday 19 February 2013

Gejala Tidak Sihat !!

Assalamualaikum..

Fuh, panas panas panas ! Tertarik nak menulis sebab dekat Mukabuku tadi ada seorang hamba ALLAH ni update statusnya yang seakan seiras begini " Yang online ni siapa Islam, sila like. Haa, seakan macam tu la. Haihhh. Tengok rupa macam adik adik lagi. Mungkin kurang matang. Mungkin ??

Astaghfirullah.. kenapa sampai macam tu ? Habis tu, adakah anda bermaksud kalau tak like, dia bukan Islam ? Jangan sewenang wenang menjatuhkan hukum. Ye, tengok status status sebelum anda, nampaknya anda mempunyai pengikut yang ramai sampai beratus, tapi !! Janganlah menggunakan dan mempermainkan agama Islam yang suci sekadar untuk 'memancing' pengelike pengelike anda. Sedih .. terkejut juga bila baca, hmm.. 

Apa apa pun, ana doakan supaya takkan berlaku lagi keadaan yang serupa. Yang baik jadikan teladan ye :) In shaa ALLAH.. have a nice day readers . Muaah ! Assalamualaikum..




Sunday 17 February 2013

Inai Macam Pewarna Kuku !

Assalamualaikum..

TERsangat excited dengan entri kali ini.. Fuh fuh ! Nak berterima kasih pada kawan ana Noor Madinah@Nyumin.. Beb, inai ni memang best. BEST GILA ! Takpayah nak gegatal pakai pewarna kuku kan, yang sah sah tak sah dan haram, nak solat semua tak sah. ramai jugak tegur, " merahnya warnaa ! inai ke ? cantiklahh " .. ana just sengih jela*hehehehe..

So rasanya lepas ni boleh la keep buying inai ni. Taktau la dekat area Melaka ada jual ke tak sebab yang ni pun diimport dari Perlis.-Kemain jauh lagi Jemah ! Hehe...

Tapi, why not cuba cari kan ? Sebab memang memuaskan la warnanya. Lagi cantik kalau orang berkulit putih, macam shiny je nanti jadinya. *Saya kulit tak berapa nak putihhh (T___T) 

Cakap banyak pun tak guna juga, nah ana tunjukkan rupa inai ni, boleh refer if nak beli yee :) 
Chekidaauuuttt ! ------>





-Maaf la tangan tak berapa nak putih, hukhuk-





Selamat Maju Jaya Ayun :)

Assalamualaikum...

Tiba tiba mood untuk meng-update blog muncul right after tengok Ayun upload gambar kami (Ayun, Saya, Aini) dalam Mukabuku dia.. Well, big bro esok nak berhambus melanjutkan pelajaran ke Pahang*babai Ayun :p

Menyingkap balik memori lama, ana kenal Ayun masa form1, member yang kenalkan tu Nabila namanya. Then lepas kenal kenal, kami pun couple. Alaa, budak budak lagi time tu. Orang panggil apa, 'Cinta Beruk'. Yang beruk tu Ayun la bukan sayaaa ye. Muehehe, dah nama pun budak budak, mana la reti nak bercinta macam orang dewasa then taklama tu kami putus. Lepas kata break tu, takpernah la bertegur sapa sampai la form 2*kalau taksilap. Ayun ni pindah masuk SMKSR, tapi still tak bertegur, Nak dijadikan cerita masa form 5, boleh pulak sekelas*hambekk kau ! Hahaha, memang kitaorang buat takkenal la sampai la Ayun couple pulak dengan ex dia yang sekarang Lin. Lin ni pulak masa tu bestfriend ana*ehem ehem, sampai la ni masih bff <3 .. disebabkan kami bff, so automatically terjalinlah persahabatan dengan ayun ni. Tp, jodoh mereka taklama, tapi even dah putus, persahabatan ana dengan Ayun tak terjejas, still keep in touch along dengan Aini dgn bf dia Panjie. Aini ni memang lain sikit, peramah and senang get along dengan orang, so dia rajin ajak lepak semua.. Tabiat dia yang rajin ajak melepak, berlepak dan terlepak ni berterusan sampai sekarang sampaikan kadang kadang Mr.Encik ana pun naik jelous. Hehehe, yela kan, ex kita dah tu baik pulak dengan kita. Tp dengan berkat kesabaran ana memujuk dan explain benda sebenar yang memang dah takde apa perasaan melainkan kawan semata mata, nampaknya Mr.Encik boleh terima. Syukur Alhamdulillah :)

So.... Di sini ana nak wish la dekat Ayun atau nama glamernya(Bapok)selamatlah menjalani kehidupan baru di Pahang. Belajar elok elok kay. Jangan buat hal, jangan malas malas. Jangan asyik nak balik je, lorat bebenau je ! Hahaha. Semoga diiringi dengan kejayaan hendaknya. 

Meh layan gamba si Ayun ni, yang selalunya terselit gamba saya dan rakan rakan lain :)










- KAMI -




P/S: Sorry la Ayun, aku terbukak cerita kita dedulu.. Hahahaha, ada aku kesah ??? :D 
       Past is past ek, saya sayang Didie sorang jekk. Kahkahkah