Wednesday 20 February 2013

Mari Cegah Kanser Serviks !

Assalamualaikum semua  :)

Pagi tadi ana teman mak dengan abah pergi Melaka sebab abah ada program apa entah, sekali tu sambil sambil ana pun buatlah IC baru (sebelum ni setia guna IC darjah 6*hehe).. ingatkan nak tukar lesen memandu Percubaan(P) kepada full sebab dekat Pusat Tranformasi Bandar(UTC) tu lengkap ada semua Jabatan Jabatan Kerajaan, tapi malangnya start esok baru boleh. Ceh :(

Selepas habis urusan tu semua*IC baru gambar serupa gengster wa cakap luuuu*,terus heading ke destinasi seterusnya, iaitu MYDIN MITC, sekali tu ana pun ambil kesempatan pergi cekidauutt dekat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk tanya pasal suntikan HPV. Alhamdulillah, takde apa masalah, terus ambil dos suntikan yang pertama. Percuma tau. Ulang suara, PERCUMA ! hehe, before this mak ana pernah tanya dekat klinik private, satu dos bernilai RM150 above gitu. So jangan jadi bodoh or berlagak kaya, marilah ambil yang percuma. Kerajaan dah sediakan, sila manfaatkan. So nak terangkan sikit pasal HPV @ Kanser Serviks ni okay.. Jom baca :)




  • Di Malaysia, kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga yang dihidapi wanita Malaysia.
  • Vaksin untuk mencegah kanser ini disebut sebagai Papillomavirus atau HPV.
  • Sebaiknya vaksin ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
  • Vaksin ini diberi di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali . 


# Suntikan pertama (anytime)
# Suntikan kedua 1 bulan selepas suntikan pertama
# Suntikan ketiga 6 bulan selepas suntikan pertama.


KRITERIA 

* Warganegara yang berumur 18 ke atas
* Tidak hamil
* Tiada kesan sampingan teruk selepas suntikan
* Tiada alahan yang teruk



-  BROSUR*curik dekat klinik. Hahaha -







Ingat ye, adalah penting anda semua melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos ni memberi perlindungan optimum mencegah 70%  kanser serviks. So, korang penting okay untuk kita yang perempuan ni ambil suntikan ni.. untuk masa hadapan kita jugak. Prevention is better than cure, right ? Ana pun masih ada 2 lagi dos yang ana kena lengkapkan. Tak sakit mana pun just kebas kebas je :) 
So, ayuh la kita beramai ramai gegar LPPKN dapatkan suntikan ini okay.. Sampai sini dulu ye, take care readers. Much love :-*



No comments:

Post a Comment