Wednesday, 19 February 2014

Babai Mr.Encik Part 2

Assalamualaikum


Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Sampai jugak ke ITAS. Haha, aku dengan Farah dah buat kerja gila masa tu. Kitaorang sampai pukul 10 dan tak dibenarkan masuk sebab limit dia pkul 9.30. Hahaha, garang la aih sorang encik tu. Bila dia pi tempat lain, aku dengan Farah curi curi masuk.. Bila bukak je pintu tepi, semua pakat duk pandang kami. Okay, maluuuu ! Aku rasa aku faham kenapa encik garang tu tak benarkan kami masuk, mungkin akan ganggu majlis.. kerusi pun tak cukup, so kena la kami ni berdiri. Tak lama lepastu, encik yg garang tu masuk bawak kerusi terus pegi kat kami. Adoi, aku memang cuak la time tu. Aku memang dah ready dah kot nak kena sound ke dgn dia. Sekali tu, sambil dia pass kerusi tu, dia marah aku dgn Farah. "Kan satgi tadi saya dah cakap jangan masuk. Degil ". Dangg ! Rasa macam bertepek penumbuk sebijik kat muka. Aku pun hanya mampu tunduk, takut oi nak lawan askar. Kang dia tembak aku. Akhirnya nama kesayangan aku pun dipanggil. 729688 LU Mohd Izuan Rashdii bin Abd Rahman. Ahhh kesayangan dapat 2 anugerah. Keseluruhan Avionik Terbaik dan Keseluruhan App30 Terbaik. Mygosh ! Masa tu, lahai aku rasa aku kot tepuk tangan paling kuat siap jerit jerit lagi. Bangga la weh ! Dia dapat la burung helang. Hahaha. bayangkan eh, dalam ramai ramai tu he's the best. Eh, pakai otak ape dia nih.. kemain terror lak aih. Aku memang simpan je hasad dengki iri hati dekat dia ni. Dari zaman aku sekolah sampai dah masuk u, dia je nak win. Yg takbestnye, dia dapat jam jugak sebagai hadiah. 2 utas pulak tu ! Huh, jangan pakai jam tu, pakai jam yg aku bagi. Lagi lawaaaa. Hahaha. Nampak muda skekkk.


My Man

Lepastu ada pulak jamuan makan. Hahaha, masa tengah beratur tunggu akan tu, boleh pulak encik garang tu datang kat kitaorg. Haih gigihla dia cari kitaorang. Sampai je kt aku dgn Farah, dia terus marah "Akak berdua ni tadi saya dh kata jangan masuk, tapi masuk jugak. Ni kejap lagi sy nak kena jawab dgn orang atas. Saya yg kena nanti. Cek kak degil". Huwaa, sampai hati dia marah kitaorg depan orang ramai :( malu, sedih semua ada. Hello, aku datang semata dari Melaka nk tengok kesayangan, timbang rasa la sikit. 3 kali kena marah dgn dia. Semua askar memang garang ke ?! Hm, tp lepastu hati aku sejuk dh bila bermulanya sesi bergambar. Hahaha

Famili dia :)


Jeng jeng jeng.. masa untuk King dan Queen of Selfie pulak..


With Paan & Erna, orang Melaka jugak :)
Maaf sebab sering cacatkan gambar


Babai Mr.Encik Part 1

Assalamualaikum

Mohon untuk ana membahasakan diri ana sebagai 'aku'.. boleh ? :)

Izuan Rashdii,
Aku bukan jenis yang pandai nak bermadah-madah meluah kata. Tapi kalau setakat nak tulis apa yg aku rasa, in shaa Allah segalanya mampu utk aku terjemahkan di sini. Kau tahu ? Masa kau kata yg kau dengar nama kau disebut utk diposting ke Sarawak, aku rasa masa tu nafas aku macam terhenti utk beberapa saat. Masa tu memang dalam kepala aku, macam macam aku fikir. '' Lepasni sorang sorang la aku dkt Penang. Kat sape lah aku nak mintak tolong, family pun jauh ''. Aku, dari kecik sampai la umur aku 20, mana la pernah duduk jauh dgn mak abah aku, jadi bila aku dekat sini.. pada kau je tempat aku bergantung. Kadang kadang sampai kau kena datang dari Kedah bila aku susah. Bila aku nak itu ini. Kadang kadang kepala otak aku ni pun boleh tahan gila, mintak makan macam macam, mintak nak pegi jalan jalan, mintak beli macam macam. Dan masa tu, satu satunya orang yg akan ada dan takkan kata TAK pada aku adalah kau. Yelah, family aku jauh, aku takboleh bergantung sepenuhnya pada diorang. Tapi jujur aku kata, aku memang masih belum boleh berdikari utk hidup sorang di negeri orang. Dan satu satunya orang yg aku harap adalah KAU.

Jadi, bila aku dapat tau memang aku bantai nangis jela. Aku memang fikir susah lah hidup aku lepasni. Tapi, bila aku fikir balik takpelah. Mungkin ni masanya kau kumpul duit sebab bila dekat dgn aku memang kau selalu habiskan duit utk aku (T___T). Bila lagi kita nak realisasikan impian kita kan ? Aku kan nak jadi isteri kau yg solehah. Lepastu kau kan nak modify kereta kau. So banyak duit nak guna. Takpelah, mungkin ni hikmah yg ALLAH bagi.. Jadi, aku pun terfikir apalah hadiah yg aku patut bagi dekat kau sebelum kau posting. Fikir punya fikir last last aku terfikirkan jam. Sebab aku tk sampai hati tengok kau sarung jam yg murah dan cepat rosak tu. So, aku ni gigih la pergi round kat Melaka tu dengan Aini & Panjie utk pi cari jam. Berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya jumpa jugak la jam nye tu. Entahlah, aku memang tak pandai bab pilih jam lelaki, tapi kalau dah Panjie dengan tauke kedai tu suggest and kata jam tu lawa, so pada aku pun mungkin jam tu lawa la kot. Hahaha. Sengal kan aku ni ?



Jam ni aku consider as hadiah posting & hadiah birthday la walaupun dah lambat dari bulan 12. Hahaha, faham faham jela, 5 tahun kita cpuple berapa kali je aku ni bagi kau hadiah kan ? Ye, aku memang teruk. Hahaha. Jadi, disebabkan aku jarang bagi hadiah yg mahal, kau jaga jam ni baik baik. Aku nak bila kau balik sini balik, jam ni masih lagi cantik, kemas dan bentuk serta warna seperti mana yg aku beri. Kalau boleh, kekalkan bau kedai. Hihi. Kalau kau tak berkenan, sila pulang balik pada aku sebab jam ni kelihatan sangat cantik dan berseri seri di tangan aku. Hahaha ! 

Oh ya, kau tau tak aku mengalami satu perasaan teruja yg lain macam bila kau cakap majlis konvo kau tu boleh dihadiri oleh ahli keluarga. Yeay, boleh la aku masuk ITAS. Boleh la aku tengok kau naik pentas. Masa kau passing out dulu aku tak dapat pun pergi tengok kau pakai baju smart smart, mesti kau handsome kan masa tu walaupun agak gelap sikit muka pasal asek duk berkawad je? Haha. Jadi bila aku ad peluang ni, gigihlah aku pujuk mak abah supaya diorang kasi aku pergi Alor Setar tengok kau. Last last diorang kasi. Aku rasa mungkin sebab abah bekas askar, jadi dia faham perasaan dan situasi aku. Agaknye, macam ni la masa mak abah bercinta dulu kan? 

Maka, tersebutlah kisah pada tanggal 13hb Feb berangkatlah aku ke Alor Setar seorang diri. Tapi aku dh plan baik dengan Farah nak tumpang rumah dia. And dia jugaklah yg bertanggungjawab utk bawak aku ke ITAS. Kau tengok ! Punya sayang nya aku dekat kau, sanggup aku gi Alor Setar sorang sorang. Semua utk kau, kau, KAU. Sampai naik kematu punggung aku duk dalam bas dari Melaka. 

Sampai di Terminal Shahab Perdana--.
Dan, bermulalah kisah kita untuk 3 hari sebelum berpisah......
Dan, bermulalah juga munculnya air di mata aku...
Dan, bermulalah juga sedu sedan aku....