Wednesday, 19 February 2014

Babai Mr.Encik Part 2

Assalamualaikum


Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Sampai jugak ke ITAS. Haha, aku dengan Farah dah buat kerja gila masa tu. Kitaorang sampai pukul 10 dan tak dibenarkan masuk sebab limit dia pkul 9.30. Hahaha, garang la aih sorang encik tu. Bila dia pi tempat lain, aku dengan Farah curi curi masuk.. Bila bukak je pintu tepi, semua pakat duk pandang kami. Okay, maluuuu ! Aku rasa aku faham kenapa encik garang tu tak benarkan kami masuk, mungkin akan ganggu majlis.. kerusi pun tak cukup, so kena la kami ni berdiri. Tak lama lepastu, encik yg garang tu masuk bawak kerusi terus pegi kat kami. Adoi, aku memang cuak la time tu. Aku memang dah ready dah kot nak kena sound ke dgn dia. Sekali tu, sambil dia pass kerusi tu, dia marah aku dgn Farah. "Kan satgi tadi saya dah cakap jangan masuk. Degil ". Dangg ! Rasa macam bertepek penumbuk sebijik kat muka. Aku pun hanya mampu tunduk, takut oi nak lawan askar. Kang dia tembak aku. Akhirnya nama kesayangan aku pun dipanggil. 729688 LU Mohd Izuan Rashdii bin Abd Rahman. Ahhh kesayangan dapat 2 anugerah. Keseluruhan Avionik Terbaik dan Keseluruhan App30 Terbaik. Mygosh ! Masa tu, lahai aku rasa aku kot tepuk tangan paling kuat siap jerit jerit lagi. Bangga la weh ! Dia dapat la burung helang. Hahaha. bayangkan eh, dalam ramai ramai tu he's the best. Eh, pakai otak ape dia nih.. kemain terror lak aih. Aku memang simpan je hasad dengki iri hati dekat dia ni. Dari zaman aku sekolah sampai dah masuk u, dia je nak win. Yg takbestnye, dia dapat jam jugak sebagai hadiah. 2 utas pulak tu ! Huh, jangan pakai jam tu, pakai jam yg aku bagi. Lagi lawaaaa. Hahaha. Nampak muda skekkk.


My Man

Lepastu ada pulak jamuan makan. Hahaha, masa tengah beratur tunggu akan tu, boleh pulak encik garang tu datang kat kitaorg. Haih gigihla dia cari kitaorang. Sampai je kt aku dgn Farah, dia terus marah "Akak berdua ni tadi saya dh kata jangan masuk, tapi masuk jugak. Ni kejap lagi sy nak kena jawab dgn orang atas. Saya yg kena nanti. Cek kak degil". Huwaa, sampai hati dia marah kitaorg depan orang ramai :( malu, sedih semua ada. Hello, aku datang semata dari Melaka nk tengok kesayangan, timbang rasa la sikit. 3 kali kena marah dgn dia. Semua askar memang garang ke ?! Hm, tp lepastu hati aku sejuk dh bila bermulanya sesi bergambar. Hahaha

Famili dia :)


Jeng jeng jeng.. masa untuk King dan Queen of Selfie pulak..


With Paan & Erna, orang Melaka jugak :)
Maaf sebab sering cacatkan gambar


No comments:

Post a Comment