Tuesday 30 April 2013

Love Gift From LOVE :)

Assalamualaikum..

Hai korang :) Tulisan kali ana menulis dengan hati yang sangat gembira bersulam perasaan cinta dan sayang yang semakin menebal dan melimpah ruah buat mr.encik. Alhamdulillah diberikan peneman yang baik budi  pekerti seperti dia :)

Sabtu lepas, mr.encik balik. Kesian dia, perjalanan jauh, cuti pulak 2 hari je. Perjalanan je dah memakan masa 8-9 jam. Jumaat malam pukul 9 bas bergerak ke Melaka. 6 pagi baru sampai. Dah habis beberapa jam dalam bas je. Such a waste. Tapi dia cool.. nak jugak balik katanya. Ahh, sayang lebih la cenggini.
Pukul 10 pagi, ana pergi rumah mr.encik atas sebab nak jumpa dia dan family dia. Nak bagi ole ole yang ana beli dekat Sabah ( rumpai laut, tshirt, kerongsang dan gelang ). Malunya, tuhan je tahu. Ana ni dah berzaman tak pergi rumah dia. So rasa malu tu agak membakul la juga..Luckily mak dia memang baik+peramah. Memang peramah gila, dulu first time jumpa pun ana dah rasa selesa atas layanan mak dia. Lepas lepak lepak semua tu, pukul 11.30 ana gerak balik sebab pukul 12.30 kitaorang nak pergi Melaka. Banyak lagi misi belum selesai.

Antara misi penting masa tu adalah misi mencari handphone baru. Yeayy ! Mysayang belikan handphone baru.. eii sayang angatt ! Hahaha. Muahh muuahh muuaah ! 

- Thanks baby -

Yeayy ! Thank babyy. Thanks sesangat. Awak tau kan dah lama saya ngidam Note II. Akhirnya dapat jugak sayang. Kalau takde awak, taktau la bila zaman saya dapat pakai. Sebenarnya, masa awak keluarkan dan kira duit untuk bayar, saya dah meleleh air mata. Huk, duit gaji awak kerja.. Terima Kasih sebab awak tak pernah menghampakan saya :') Bertuah saya dapat awak.. Saya janji, lepasni saya jaga baik baik handphone ni. Awak suruh jaga macam saya jaga diri saya kan ? Saya akan cuba yang terbaik untuk menghargai semua pemberian awak. Saya taknak jadi macam dulu dulu, apa je awak bagi semua saya hilangkan, rosakkan. Handphone je da 3 biji handphone awak hadiahkan. Rantai lagi, cincin lagi. Huk, takmo takmo. Saya jaga baik baik kay sayangg :) 

Awak ingat tak, masa kita nak melangkah keluar dari Ocean, saya nangis.. saya cakap terima kasih kat awak banyak kali. Awak cakap " sama sama. Takpelah, ni hadiah untuk ayang " . Huwaaa ! Lagi la meleleh airmata.. saya taktau dah nak describe macam mana perasaan saya ni. Yang saya tahu, saya sayangkan awak dan saya akan terus sayang awak sampai bila bila ...... Thanks my deary Aling...

Wednesday 24 April 2013

Syak Wasangka.

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni, mr.encik dah mula busy. Dia dah dilantik as a squad leader untuk Avionik. So, semua benda dia kena handle. Key in data semua. Haih, memang busy sangat. Tengahari pun dia tak dapat makan. Takpelah, ni la beratnya tugas seorang pemimpin..


Dalam kata dia busy, kadang kadang hati ni selalu terdetik benda benda yang jahat. Sesungguhnya syaitan itu tidak pernah jemu membisikkan hasutan jahat kepada anak Adam. Ana selalu fikir yang buruk buruk. Kenapalah selalu terlintas yang mr.encik sebenarnya busy sebab ada perempuan lain. Betul tak matang. Sebenarnya, benda macam ni wujud disebabkan lack of trust ana kepada mr.encik. Im sorryyyy =(


Entahlah, agaknya memang sudah fitrah yang namanya wanita memang diciptakan hatinya selalu timbul curiga dan syak wasangka. Kita susah nak percaya sesuatu tu melainkan terdapatnya bukti yang kukuh dan jelas. Haih, sebenarnya perangai macam ni tak elok sebenanarnya. Sebabnya, ana selalu kena tegur dengan mr.encik. Dia cakap " susah la macam ni sayang. Kalau ayg tak percaya aling "


Kita bukan tak percaya, jarak terlalu jauh.. entah kenapa, dulu 6 bulan ana mampu bertahan.. dengan takde apa apa perhubungan komunikasi. handphone takde, cuma berutus melalui surat. Kenapa waktu tu, ana kuat ? Tabah ? Yakin ? Kenapa takde munculnya fikiran jahat macam sekarang ? Cukup cukuplah engkau syaitan. Berhenti menabur syak wasangka dalam hati aku ! 


Sesungguhnya ana serahkan semua pada ALLAH, sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya. Jika benar jodoh ana memang dengan mr.encik, ana mohon supaya didekatkan kami dan semoga kami mampu melawan semua dugaan percintaan yang masih tiada apa apa ikatan halal. In Shaa ALLAH, Aminn.. =')


Tuesday 23 April 2013

Kuatlah Dirimu Ana !

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni, kerap didatangi bayangan dan selalu terdetik dalam minda ni. Takutnya kiranya nyawa ini dijemput Allah dalam keadaan yang tidak bersedia. Terasa diri belum sempurna segala galanya. Dari menutup aurat, amalan, gaya hidup. ALLAH ! 

Berilah aku hidayah dan kekuatan iman Ya Azzawajalla. Takut aku menemui-Mu dalam keadaan hina. Kuatkan lah diriku, semoga aku mampu menahan segala hawa nafsu dan godaan dunia. Tetapkan iman aku, keluargaku, dan Izuan Rashdii. Peliharalah kami, jauhkan kami dari kemungkaran dunia. Moga kami mampu menjadi hambamu yang diredhai. 

Cukuplah dosa aku selama ini, bimbinglah dan pandulah aku. Jangan biar aku tersasar lagi.. 

Amin Ya Rabbal Alamin.. :')

Wednesday 17 April 2013

Awak, Terima Kasih =)

Awak, petang semalam kita ada bergaduh sikit. Tiba tiba awak letak handphone. Mungkin sebab saya tinggikan suara, mungkin sebab perangai saya yang suka membantah, dan mungkin juga sebab saya ni jenis yang ada je jawapan nak menjawab. Mungkin sebab sebab itu awak terasa hati. Saya ego. Lepas awak letak phone, sikit pun saya takde rasa bersalah, saya takde pun rasa nak pujuk awak. Saya biar je. Saya tunggu sampai awak call saya. Tapi sampai malam, pun masih takde pape. Tapi saya punya ego memang tinggi melangit, awak takde contact, lagi la saya rasa malas nak layan. Bertimbun timbun ego saya. Saya minta maaf =(  pukul 12.20 am awak call saya. Awak minta maaf dekat saya. Awak cakap, " Ayang, aling mintak maaf. Aling taknak gaduh lagi. Jangan la gaduh lama lama. Aling takboleh. Aling rindu ". Sukanya saya masa tu, last last kita berbaik jugak kan ?

Awak tahu tak? Lepas aje kita end call, saya termenung sorang sorang. Saya duk imbas balik kita dulu dulu. Betapa banyaknya awak bersabar dengan perangai saya. Memang selalu, awak aje yang mengalah. Antara kita, memang saya ni kepala hangin kan ? Saya selalu starting bab bab gaduh. Saya selalu buat perangai. Saya selalu start guna aku kau. Saya selalu starting tinggi suara. Saya kuat menengking. Satu perangai saya yang saya susah nak ubah. Im sorry =( 

Bila imbas bab kepala hangin, saya teringat satu kisah kita. Masa tu wedding kakak kakak saya. Uda & acik. Saya ingat lagi, awak datang masa tu dengan kawan kawan awak. Tiba tiba saya nampak awak pakai RANTAI. Masa tu, memang darah saya menyirap ! Sebab saya dah cakap, saya taksuka lelaki yang pakai rantai. Apa rupa tu lelaki pakai rantai ? Hish. Masa tu, saya marah awak kan. Marah teruk sangat. Saya marah gila gila. Awak pun balik lepastu, masa awak dah balik tu... awak cakap sebenarnya rantai tu awak belikan untuk saya, tapi awak taktau nak letak dekat mana sebab awak pakai jeans. So, awak pakai la rantai tu dengan harapan lepastu awak dapat bagi dekat saya lepas habis majlis wedding tu. Bila saya tahu cerita betul, saya rasa menyesal. Rasanya taksilap lepastu kita pi cari dekat parit yang awak dah buang rantai tu, tapi tak jumpa. Memang menyesal sangat. Saya merengek nak kan rantai jugak. Esok nya, awak cakap dengan saya yang awak akan belikan rantai baru buat pengganti. Masa tu saya sukaaaa sangat. Rantai tu cantik sangat. Loket dia bentuk love =)  Saya belasan tahun masa tu, manalah saya tau nak rasa bersalah sangat ni.. Saya tak matang masa tu. Saya minta maaf buat awak keluarkan duit untuk gadis tak matang macam saya. Dan saya mintak maaaaaaaaff kali seribu sebab hilangkan rantai tu. Saya tak pandai hargai barang pemberian awak.  Im sorry =(

Awak, kenapa awak baik dengan saya ? Selepas apa yang saya buat dekat awak ? Saya dah hancurkan hati awak ? Saya kenal dan kawan dengan ramai lelaki, kenapa awak masih sanggup tunggu saya ? Kenapa awak begitu yakin dengan saya ? Saya sendiri kalau berada di tempat awak, mesti saya takkan sanggup nak tunggu perempuan yang dah hancurkan hati saya. Saya dah berkali kali buat awak menangis. Tapi, awak masih teguh dengan saya, kuatnya awak sayang. Saya berharap saya sekuat diri awak. Kawan kawan saya cakap, saya terlalu beruntung memiliki awak. Memang betul. Kawan kawan saya, tak ramai yang ada teman macam awak. Yang kaki pukulnya, yang kuat makinya. 

Awak yang penyabar, awak yang pemurah, awak yang memahami, awak yang penyayang, awak yang terlalu memanjakan saya. Walaupun tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, tapi saya rasa cukup dengan awak. Memang ada masanya awak marah saya, tapi nisbahnya terlalu sedikit. Nak berbanding dengan awak, kerdilnya diri saya berbanding awak sayang. Saya tak jumpa lelaki yang melayan saya dengan penuh kesabaran macam yang awak lakukan. 5 tahun ! 5 tahun awak bersabar. Bukan sekejap, satu jangka masa yang lama. And I really thank to ALLAH for all these =') tetaplah awak dengan saya ye sayang. Jangan berubah hati, jangan balas apa yang saya pernah lakukan dekat awak. Saya terlalu sayangkan awak.

P/S : Sekarang awak dah jadi tentera, memang dah kena pakai rantai. Haha, padan muka saya :D









Saturday 13 April 2013

Trip To Sabah Part 1

Assalamualaikum..

Sudah hampir seminggu ana berada di Sabah dan esok ana nak pulang ke Melaka dah pun, baru harini berkesempatan nak update dengan lebih terperinci pasal percutian dekat sini =)

Petang selasa, ana bersama sama abang ana dan isteri dia (termasuk kembar kak iema) duduk depan tv dan merancang mana kami nak pergi. Mulanya abang cakap memang nak bawak kami ke Pulau Mabul di Semporna. Tapi memang keadaan tak mengizinkan sebab keadaan dekat sana masih belum selamat. Haih, melepas la jawabnya.. Hm, tapi lepastu abang bagi berita gembira. Dia nak bawa kami ke Kota Kinabalu ! Yeeehaa ! Tapi perjalanan makan masa 6-7 jam. Hahaha, memang gila nak naik kereta, mau patah riuk pinggang. Tapi takpe, kitaorang memang nekad. Malam tu juga packing baju dan gerak jam 8.30 malam. 

Jam 7 pagi macam tu kitorang berhenti singgah di Kundasang dimana kita boleh lihat Gunung Kinabalu. Oh, sangat indah, mulut ni tak habis habis menyebut perkataan cantik. Sangat cantik, diliputi awan yang adakalanya kelihatan seperti gula gula kapas yang putih dan menyegarkan. Udara dan cuaca yang segar dan dingin meresap sampai ke tulang sum sum.



- Sumpah sejuk -

Pukul 9 pagi baru sampai Bandar Kota Kinabalu. Kitaorang pun cari hotel, check in dan bam ! Membuta la jawabnya. Hahaha. Malam tu kitaorang jalan jalan dekat Pasar Philipine dan Pasar Mutiara. Ya Allah, dekat situ macam macam ada jual. Pasar Philipine tu jual makanan je banyak. Kitaorang memang makan banyak laa. haha.


- Nyum nyum -

Lepas isi perut, sambung bershopping gelang dan kerongsang sebagai ole ole untuk orang di Melaka. Hehe.
Murah pulak tu, 3 rm10.. gelang pun murah. Haih, tshirt pun murah. Ana sempat beli tshirt yang sama dengan mr.encik dan sehelai untuk adik bongsu ana. 


- Reaksi muka takboleh blah seyh. Haha -

Nak ikutkan memang beratus juga duit ana habis, nasib baik family dan mr.encik ada support sikit. Thank you all.*Hug* memang rambang mata tau tak. Kita perempuan ni, faham faham jela macam mana loratnya tang bershopping. Semua nya berkenan. Semuanya nak beli. Kena pandai handle nafsu yang merakus ni. Kalau tak, bagi seribu pun boleh habis satu malam. Hehehe :D

Bila dah penat bershopping ditambah lagi dengan perut yang kenyang mata ni memang cepat je melabuhkan tirai. Balik hotel then tidur, rehat untuk persiapan balik esok pagi. Banyak lagi tempat nak tuju.. nak tau tempat mana lagi kami pergi ? Nantikan part 2 yea . Ana nak solat maghrib, sini pukul 6.20 petang dah masuk waktu dah. Hihihihi . Assalamualaikum. 






Saturday 6 April 2013

Holiday - Sabah - Yippiee !

Assalamualaikum..

Hm, mau berhari jugak ana tak update blog ni. Maklumlah keadaan agak busy.. Sekarang ni, ana menulis dari kejauhan, dari seberang semenanjung Malaysia iaitu SABAH. Lepastu guna laptop touch pulak, agak leceh pula rasa.. tapi ana kuatkan jugak semangat untuk menaip.

Ana sebenarnya stay rumah abang, dia kerja dengan Sime Darby Gira, dalam area Kunak. Kunak ni pulak boleh kata dekat la dengan Lahad Datu dan Semporna.. Masih kelihatan lagi polis polis berjaga jaga membuat sekatan jalan raya, mungkin ekoran dari kes pencerobohan orang Sulu tu kot.. dalam kata nak berholiday dan bergembira, terselit juga ras takut. Tapi takpe, ana yakin pihak Polis, Tentera dan Kerajaan akan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

Harini hari kedua ana dekat sini.. Tadi dah pergi ber'shopping' dekat Pekan Kunak.. pasar terapung tuu, best nyee ! Dekat sini semuanya murah. Serius ! Murah gilaa ! Ketam 1 kg RM3 je ! Kalau dekat Melaka, memang takdapat laa macamtu.. Hello, RM3 tuu nak beli Jack & Jill yang panjang pun taklepas. So tadi beli sotong, ketam dan udang.. total semua sekali hanya RM8. huu =( Rasa nak nangis je. Rasa nak beli banyak banyak, balut then letak dalam kotak then bawak balik Melaka. Dekat sana takdapat pun macam ni ='(


Aktiviti untuk esok pulak, nak pergi ke Tawau. Shopping di sana pula. Ramai member yang kirim colagen rumpai laut la, gelang, baju dan keronsang. Haha, mesti penat gila.. Haih, ana harap sangat abang ana dapat bawak ana ke Mabul Islan. Ahh, kalau korang tengok tempat tu mesti korang akan terasa sangat nak pergi sana. Dengan air yang tersangat jernih sampai boleh nampak dasar.. sangat sesuai nak snorkeling. Oh, tolonglah Apit... nak pergi sana !! Tapi Apit kata keadaan dekat sana masih belum aman sebab Mabul Island terletak dalam area Semporna.. Tapi takpe.. ana doa dan harap sangat dapat pergi. I hope I hope I hope.. !! =)




Tuesday 2 April 2013

Merapu Meraban :)

Assalamualaikum..

Sekarang jam 1.08pagi. Normal la bagi pelajar lepasan STPM macam ana ni time time macam ni belum tidur lagi. Baru sahaja selesai mendodoikan mr.encik. Tadi dia cakap lagi pasal tunang. Haih, miang nak mampus kau yangg. Haha, semenjak ana cerita pasal tunang ni, amboi kemain lagi dia. Tadi dia cakap lagi " aling rindu sangat, kan best kalau kita dah kahwin, bila rindu je, balik rumah ayang ada. Aling boleh sikatkan rambut, ikatkan rambut, urut urut.. ayang nak kahwin dengan aling tak ?".. ha lebih kurang macam tu laa. so macam biasalah mestilah ana jawab nak*pun miang juga*.. lepastu dia cakap lagi, "dah banyak kali dah kita tunang ni sayang" confirm miang . Haha <3

Hahaha, mr.encik memang berpandangan jauh.. jauhh sangattt ! Selalu dia cakap pasal perancangan masa depan. Entahlah, maybe umur ana yang dah menginjak 20 an ni membuatkan dia teruja nak sembang pasal alam perkahwinan, takpe.. layankan aje :) Mula mula haritu dia cakap pasal kereta. Kami patut ada dua kereta bila dah kahwin bagi memudahkan pergerakan ana nanti.. lepastu cakap pasal rumah. Mr.encik dah berniat nak survey tanah atau rumah.. sebab dia kata sekarang harga rumah dan tanah masih boleh dikatakan murah, biar prepare awal awal sebab masa akan datang nanti harga naik melambung.. lepastu dia tanya berapa harga hantaran yang ana nak letak bila kahwin nanti.. seriously, ada la jugak rasa seram.. rasa macam.."uish mamat ni, aku ni pun belum tentu dapat masuk U lagi, dah fikir jauh ke hadapan".. tapi tak dinafikan terselit rasa gembira sebab boleh nampak kesungguhan dia. Bak kata kawan ana, atleast dah boleh rasa selamat sebab takde nampak ciri ciri nak cari lain dia tu :) kalau macam tu, syukur alhamdulillah.. 

Kadang kadang mr.encik cakap, tak seronok hidup bujang dalam menjalani hidup sebagai askar ni. Kalau dah kahwin, dapat duduk kuarters, takpayah duduk bilik bujang.. kena campur dengan senior dan junior, takde privacy.Kalau stress dekat tempat kerja pun, balik balik mengadap muka isteri sekurang kurangnya terubat jugak rasa stress tu. Ana diam je, taktau dah nak balas apa. Dalam keluarga ana, semua kahwin selepas dapat ijazah.. so, rasanya memang takde kemungkinan lah ana nak melanggar tradisi keluarga unless dah memang ditetapkan Allah jodoh ana ni cepat, ana terima je..*lompat keriangan*

Tapi sebenarnya target hidup ana memang lah nak masuk U, dapatkan segulung ijazah dulu untuk mak abah sebab mula mula hati diorang yang ana nak bahagiakan dulu. Lepastu baru boleh fikir ke arah lain.. tapi perancangan manusia takkan pernah sehebat perancangan Allah. So, ana serahkan semua padaNya. Kita tengok jalan hidup ana macam mana lepas ni :)

How I Met Mr.Encik =)

Assalamualaikum..

Ada yang pernah menyuarakan dan bertanya macam mana ana jumpa mr.encik. Hahaha, nak cerita rasa kelakar pulak, tapi untuk berkongsi apa salahnya, kan ?

Masa tu ana form4, dan masa tu jugak laman sosial Myspace tengah hot melanda remaja remaja dan muda mudi masa tu, ana pun salah seorang yang tak terkecuali nak sign up account Myspace ni. Melalui Myspace lah ana kenal mr.encik, dia yang add and start tegur dulu.. sebab dia ingatkan ana ni adik angkat kepada kawan dia, Amru. Memang ana ni adik angkat si Amru tu, tapi dia ramai lagi adik angkat.. so mr.encik dah tersalah orang. Then start dari tulah mr.encik mula beranikan diri untuk tegur dan comment dengan ana. Tapi masa tu ana ni belum lah lagi dapat kebenaran dari parents untuk pakai handphone sangat, tapi pakai jugaklah secara diam diam. Hahaha*masa tu memang nakal sikit*. Dipendekkan cerita, satu malam ni ana ada join program anak angkat dekat kampung sebelah, so mr.encik pun cakaplah nak jumpa utk first time sebab dia takpernah tengok depan depan. Ana pun on jelah, masa tu ditemani member Ika. Masa mula mula jumpa tu, dalam hati ana terdetik," uish, mamat ni macam dah tua je, takmacam umur 18 pun". Hahaha, tapi masa tu mr.encik memang miang nak mampus, dia pi cuit pipi ana lepastu cakap,"ana ni tembam lah". Hahaha kurang ajar, ade ke cakap ana tembam? Memang mintak penumbuk aje ayatnya tu ;D

So, starting from that day, kitaorg start kawan dengan erti kata yang sebenarnya. Tapi masa tu ana dah pun ada boyfriend,tapi boyfriend tu.. nauzubillah ! Panas baran teramat, jangan cakaplah berapa banyak kali ana nangis sebab kena maki.. masa tu mr.encik je tempat ana mengadu, ana menangis, ana mintak tolong. Memang teruk ana masa tu, kadang kadang bila duduk sorang sorang selalu terfikir macam mana lah ana boleh kenal orang panas baran camtu.? 

Sampai satu masa, ana dah takboleh tahan dah, bila sampai tahap boyfriend tu maki mak abah ana. Memang darah ana menyirap je, ana terus mintak putus. Then terus mengadu dekat mr.encik.. ingat lagi ayat ana, macam ni.. "Didie ! Ana dah putus dengan Rizzal ! Yeayyy !".. dan menurut mr.encik, masa tu dia melompat kegirangan. Hahaha*eleh cakap lah masa tu dia memang dah syok dekat ana , kan kan kan ?*

Rasanya ambil masa berminggu jugak untuk ana dan mr.encik menjalin hubungan.. tempoh berkabung katakan. Hahaha, tapi ana bersyukur sangat.. disebabkan mr.encik salah orang dekat Myspace dia boleh kenal ana dan berterusan sampai ke harini.. Dah masuk 5 tahun dah.. Kalau orang dah kahwin, mau 4 5 orang anak dah. Hahahaha. dan ana sangat bersyukur sebab sifat sifat baik dan murni yang dia tunjukkan seawal perkenalan, masih kekal sehingga harini. Rasanya takde apa yang berubah. Gaduh gaduh manja tu biasalahh.. siapa je yang takgaduh kan ? Dan terlalu banyak benda benda sweet yang mr.encik dah tunjukkan dekat ana sepanjang perkenalan. Nak tahu apa dia ?? Tungguuuuu, lain masa ana update lagi ye :) Dekat bawah ni gambar dia, haha masa ni baru habis rekrut.. so agak terserlah 'kehitamannya' disitu.. tapi sekarang dah putih sikit :D 

-Memperkenalkan Mr.Encik saya, Laskar Udara II Mohd Izuan Rashdii Bin Abdul Rahman- 



Persahabatan =')


These past two days, ana  pening. Pening memikirkan hal kawan kawan. Kenapa buat ana macam ni ? Janganlah jadi penghancur semangat ana. Selalunya hari hari yang kita lalui semuanya indah, ada gelak ketawa, maki maki itu normal then kita akan back to normal again. Tapi takpernah sekali ana terdetik dan terasa dengan dia kecuali dua hari yang lepas. Entahlah, sejak menginjak usia 20-an ni, emosi senang terganggu. Memang sangat terasa kelainan pada diri, kalau dulu hidup huuhaa huuhaa je, apa depan mata balun je, kurang fikirkan perasaan orang. Tapi, sekarang ni emosi sendiri terjentik sampaikan terkeluar air putih dari mata ni.






Baru baru ni, ana dah takboleh tahan dengan seorang kawan ana ni. Entahlah, ana rasakan kata kata dia yang dilemparkan pada ana terlalu sakit. Sakit teramat. Kenapa mesti jadi macam tu. Kau taksuka ke kawan kau ni bahagia ? Mulanya dia selalu bahan@perli ana dalam Facebook. Setiap post atau gambar yang berkaitan dengan mr.encik ada membelikan ana something, dia akan cakap ayat ayat seperti, " untunglah laki kaya, time laki kau ada duit je kau nak puji dia, habis la didie kena palau cuti ni" dan sebagainya lagi. Ya Allah. niat yang pada asalnya hanya untuk bergurau jika lama kelamaan selalu dilontarkan ayat yang sama, boleh membentuk satu carikan yang mampu merabakkan hati ini. Ye, itu yang ana rasa. Ana selalu tertanya tanya, kenapa macam ni ? Kenapa ? Kenapa ? Kau kenal aku dah lama, dah bertahun! Kau tahu kan aku dah kenal didie tu dari sebelum dia jadi TUDM lagi, dulu kita sama sama susah.. Takde timbul isu seperti 'boyfriend kaya'. Yang paling menyedihkan, ana ni dianggap seperti kaki kikis. pisau cukur ! Tapi dia akan cakap yang dia cuma bergurau. Banyak lagi cara lain utk bergurau. Ana redha kalau dia nak bahan ana pasal benda lain, tapi janganlah mempertikaikan kasih sayang ana. Kenapa mesti timbulkan isu banyak duit, kaki kikis ni lepas mr.encik masuk TUDM. Kenapa ? Satu persoalan yang ana takmampu jawab.

Mr.encik cakap dia tahu ana bukan macam tu, dan kadang kadang apa saja yang dia belikan untuk ana adalah perancangan bersama, dan selalunya mengambil masa. Contoh, cincin, rantai, handphone. Dia ikhlas, Note II pulak adalah sebagai hadiah STPM, dia sendiri ikhlas nak bagi semua tu sebab masa awal perkenalan dulu dia tak selalu dapat beri ana hadiah macam macam sebab dia student lagi. Takde timbul isu ana kikis or mintak bukan bukan, semuanya adalah atas perancangan bersama. Ana terkilan sebab kawan baik ana sendiri semacam melabel ana yang bukan bukan atas sebab remeh macam tu. Cuba kau imbas balik, ada tak aku ni walaupun sekali lemparkan kata kata yang sama pada kau dan boyfriend kau ? Ada ? Jadi jangan hukum aku macam ni. Aku tak kuat nak tepis kata kata dari seorang kawan baik aku sendiri. Yang aku mampu cuma menangis. Aku fikir kau kenal aku. Tapi..... hati aku sedih ! Terlampau sedih !

Biarlah, ana nak ambil masa untuk tenangkan diri. Mungkin cara terbaik adalah mendiamkan diri dulu. Entahlah, rasa sedih menjengah setiap kali memikirkan hal ini. Ana bersyukur mr.encik masih teguh berdiri menemani ana, menyokong ana. Sebab adakalanya hal hal sebegini ana takmampu dan takboleh nak luahkan kepada family, jadi ana nampak tempat terbaik adalah kepada mr.encik. Rasanya cukuplah air mata ni, cukuplah mata bengkak sebab hal ini.. ana cuma harap keadaan kembali seperti sedia kala dan ana pohonkan seribu kemaafan pada kawan baik ana jika tulisan ini membuat dia kecil hati tapi percayalah ana cuma berlaku jujur dan jika diikutkan hati ini sudah lama hancur remuk.........