Awak tahu tak? Lepas aje kita end call, saya termenung sorang sorang. Saya duk imbas balik kita dulu dulu. Betapa banyaknya awak bersabar dengan perangai saya. Memang selalu, awak aje yang mengalah. Antara kita, memang saya ni kepala hangin kan ? Saya selalu starting bab bab gaduh. Saya selalu buat perangai. Saya selalu start guna aku kau. Saya selalu starting tinggi suara. Saya kuat menengking. Satu perangai saya yang saya susah nak ubah. Im sorry =(
Bila imbas bab kepala hangin, saya teringat satu kisah kita. Masa tu wedding kakak kakak saya. Uda & acik. Saya ingat lagi, awak datang masa tu dengan kawan kawan awak. Tiba tiba saya nampak awak pakai RANTAI. Masa tu, memang darah saya menyirap ! Sebab saya dah cakap, saya taksuka lelaki yang pakai rantai. Apa rupa tu lelaki pakai rantai ? Hish. Masa tu, saya marah awak kan. Marah teruk sangat. Saya marah gila gila. Awak pun balik lepastu, masa awak dah balik tu... awak cakap sebenarnya rantai tu awak belikan untuk saya, tapi awak taktau nak letak dekat mana sebab awak pakai jeans. So, awak pakai la rantai tu dengan harapan lepastu awak dapat bagi dekat saya lepas habis majlis wedding tu. Bila saya tahu cerita betul, saya rasa menyesal. Rasanya taksilap lepastu kita pi cari dekat parit yang awak dah buang rantai tu, tapi tak jumpa. Memang menyesal sangat. Saya merengek nak kan rantai jugak. Esok nya, awak cakap dengan saya yang awak akan belikan rantai baru buat pengganti. Masa tu saya sukaaaa sangat. Rantai tu cantik sangat. Loket dia bentuk love =) Saya belasan tahun masa tu, manalah saya tau nak rasa bersalah sangat ni.. Saya tak matang masa tu. Saya minta maaf buat awak keluarkan duit untuk gadis tak matang macam saya. Dan saya mintak maaaaaaaaff kali seribu sebab hilangkan rantai tu. Saya tak pandai hargai barang pemberian awak. Im sorry =(
Awak, kenapa awak baik dengan saya ? Selepas apa yang saya buat dekat awak ? Saya dah hancurkan hati awak ? Saya kenal dan kawan dengan ramai lelaki, kenapa awak masih sanggup tunggu saya ? Kenapa awak begitu yakin dengan saya ? Saya sendiri kalau berada di tempat awak, mesti saya takkan sanggup nak tunggu perempuan yang dah hancurkan hati saya. Saya dah berkali kali buat awak menangis. Tapi, awak masih teguh dengan saya, kuatnya awak sayang. Saya berharap saya sekuat diri awak. Kawan kawan saya cakap, saya terlalu beruntung memiliki awak. Memang betul. Kawan kawan saya, tak ramai yang ada teman macam awak. Yang kaki pukulnya, yang kuat makinya.
Awak yang penyabar, awak yang pemurah, awak yang memahami, awak yang penyayang, awak yang terlalu memanjakan saya. Walaupun tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, tapi saya rasa cukup dengan awak. Memang ada masanya awak marah saya, tapi nisbahnya terlalu sedikit. Nak berbanding dengan awak, kerdilnya diri saya berbanding awak sayang. Saya tak jumpa lelaki yang melayan saya dengan penuh kesabaran macam yang awak lakukan. 5 tahun ! 5 tahun awak bersabar. Bukan sekejap, satu jangka masa yang lama. And I really thank to ALLAH for all these =') tetaplah awak dengan saya ye sayang. Jangan berubah hati, jangan balas apa yang saya pernah lakukan dekat awak. Saya terlalu sayangkan awak.
P/S : Sekarang awak dah jadi tentera, memang dah kena pakai rantai. Haha, padan muka saya :D
No comments:
Post a Comment