Saturday 6 April 2013

Holiday - Sabah - Yippiee !

Assalamualaikum..

Hm, mau berhari jugak ana tak update blog ni. Maklumlah keadaan agak busy.. Sekarang ni, ana menulis dari kejauhan, dari seberang semenanjung Malaysia iaitu SABAH. Lepastu guna laptop touch pulak, agak leceh pula rasa.. tapi ana kuatkan jugak semangat untuk menaip.

Ana sebenarnya stay rumah abang, dia kerja dengan Sime Darby Gira, dalam area Kunak. Kunak ni pulak boleh kata dekat la dengan Lahad Datu dan Semporna.. Masih kelihatan lagi polis polis berjaga jaga membuat sekatan jalan raya, mungkin ekoran dari kes pencerobohan orang Sulu tu kot.. dalam kata nak berholiday dan bergembira, terselit juga ras takut. Tapi takpe, ana yakin pihak Polis, Tentera dan Kerajaan akan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

Harini hari kedua ana dekat sini.. Tadi dah pergi ber'shopping' dekat Pekan Kunak.. pasar terapung tuu, best nyee ! Dekat sini semuanya murah. Serius ! Murah gilaa ! Ketam 1 kg RM3 je ! Kalau dekat Melaka, memang takdapat laa macamtu.. Hello, RM3 tuu nak beli Jack & Jill yang panjang pun taklepas. So tadi beli sotong, ketam dan udang.. total semua sekali hanya RM8. huu =( Rasa nak nangis je. Rasa nak beli banyak banyak, balut then letak dalam kotak then bawak balik Melaka. Dekat sana takdapat pun macam ni ='(


Aktiviti untuk esok pulak, nak pergi ke Tawau. Shopping di sana pula. Ramai member yang kirim colagen rumpai laut la, gelang, baju dan keronsang. Haha, mesti penat gila.. Haih, ana harap sangat abang ana dapat bawak ana ke Mabul Islan. Ahh, kalau korang tengok tempat tu mesti korang akan terasa sangat nak pergi sana. Dengan air yang tersangat jernih sampai boleh nampak dasar.. sangat sesuai nak snorkeling. Oh, tolonglah Apit... nak pergi sana !! Tapi Apit kata keadaan dekat sana masih belum aman sebab Mabul Island terletak dalam area Semporna.. Tapi takpe.. ana doa dan harap sangat dapat pergi. I hope I hope I hope.. !! =)




No comments:

Post a Comment