Wednesday 20 March 2013

Laa Tahzan ..

Assalamualaikum..



Ya Allah.. lepas je dapat result STPM, ana rasa dua hari ni memang hari untuk ana menitiskan airmata. Ana ada sahabat baik dekat sekolah masa form6. Ye, susah senang bersama, belajar bersama, stayback bersama, makan bekal bersama, berkongsi minuman yang sama, terasa macam adik beradik yang tersangat rapat & takboleh berpisah. Sayangnya ana dekat diorang ni sampaikan sedih diorang pun ana turut terasa. Sorang sahabat ana kecundang dalam STPM baru baru ni, terduduk dia. Ana dapatkan dia, menangis dia. Ya Allah, rasa macam semangat ana ni hilang bila tengok sahabat yg selalu dengan kita susah senang, terlepas dan jatuh dari genggaman tangan yang selama ni berpegang erat. Bila kita tengok dia menangis, automatik kita pun akan menangis sekali. Kami berempat ke masjid, dengan harapan boleh menenangkan diri masing masing. Ana buat sujud syukur then solat. Lepas solat, ana dengar sahabat ana tu menangis dalam solatnya. Tapi ana biarkan dulu, biarlah dia ambil masa dia sendiri menghadap ALLAH, luahkan kesedihan dia.

Habis je solat, kami duduk berkumpul, dengar dia luahkan perasaan, menitis airmata kami. Ana dan yang lain hanya mampu sabarkan dia, tapi betul kata dia, kami tak berada ni tempat dia. Sedih bila memikirkan harapan orang tua seakan pudar. Tapi kami pujuk dia, kami kata " Tak apa, mungkin bukan rezeki kat STPM, mungkin rezeki kat tempat lain. Allah nak bagi ujian, Dia sayang, sebab tu Dia uji, benda yang terjadi ada hikmahnya. Sabarlah, dekatkan diri dengan tuhan". Hakikatnya, nak cakap ayat macam tu pun perit, takut tersinggung nanti dia.

Lepas habis semua, ana hantar diorang balik, ana nak turun & teman sahabat ni masuk dlm rumah tp dia tolak. Takpelah, mungkin dia perlukan masa & ruang dengan keluarga dia. Harini, sorang sahabat ana tu ajak la pergi melawat sahabat kami ni, sebab dia demam. Kesian, sampai demam dibuatnya. Ana tau, dia menangis tak berhenti. Masuk je rumah dia, mak dia sambut kami dan kami terus pegi bilik dia. Terbaring sahabat tu,mata sembab, muka pucat. Ya Allah, memang taksampai hati bila tengok. Sekali lagi, dia menangis sambil ceritakan kekecewaan dia dgn keputusan dia.Tanpa sedar, ana menangis. Ye, sedih. Sedih sangat, rasa macam diri takberguna bila hanya mampu memandang & mendengar cerita dia yg berlinang air mata tu. Kami pujuk dia, tp dia macam dah tak bersemangat. Akhirnya, ana pun dgn sahabat lagi sorg ni ingat nak gerak balik, tapi mak dia dah ready buatkan air. Demi tak menghampakan mak dia, kami pun duduk then minum seteguk, lepas je seteguk air masuk ke tekak, mak dia buka cerita. Kami terdiam sampailah mak dia menangis. Kami terkedu, cepat cepat pergi duduk depan mak dia. Menangis lagi ana untuk kali ke dua dalam satu rumah yang sama...

Jujur, ana cuma tunduk dan sesekali je pandang wajah mak sahabat ana ni. Tak sanggup, betul betul tak sanggup. Terus ana terbayangkan kalaulah mak abah ana yang sedang menangis, kalaulah ana yang berada di tempat sahabat ana tu... macam mana lah sedihnya mak abah ana =( Ya Allah, kau dengarlah doa dan hasrat hatiku. Janganlah kau beri kesedihan pada mak abah, berilahku peluang membahagiakan mereka, lapangkan jalan ku ke Universiti =') Amin Ya Rabbal Alamin...






No comments:

Post a Comment