Monday 18 March 2013

Kelegaan Teramat ! Amat ! Amat ! =)

Assalamualaikum..

Ya Allah, Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada kata kata lain yang mampu diucapkan melainkan kata kata kesyukuran kepadaMu. Terima kasih Kau telah reda kan keluh kesah di hatiku, gundah gulana di jiwaku. Aku bersyukur, biarpun kata orang tak seberapa keputusan ana ni.. tapi ana sangat bersyukur. Sebab ana tahu diri ana macam mana, cara pembelajaran, cara ana hidup, pergaulan ana.. Rasanya selayaknya dengan keputusan yang ana dapat ni. Sipi je nak jejak 3.00. Tapi tak kesampaian, memang lah rasa ralat, tapi ana bersyukur sebab bila tengok keadaan ana, ramai lagi sahabat sahabat lain yang berduka cita. Ya Allah, berikanlah sahabat sahabatku kekuatan. Sedih ana tengok mereka. Yela, kita bergelak ketawa sama sama, buat apa semua sama sama, tapi ending pulak taksama. Takpe, ana percaya setiap orang ada rezekinya masing masing. Dan ana berharap sangat lepasni hasrat ana nak menjejakkan kaki ke Universiti akan tercapai, In Shaa Allah. Bersangka baiklah dengan Tuhanmu =)

So, lepasni kena ada satu anjakan paradigma, berubahlah ana ! Demi masa depan juga. Ana kena pastikan masa isi borang UPU, semua maklumat mesti tepat dan jangan ada silap. Kalau tak, boleh jadi sebab melepas nak masuk ke U, dengan keputusan yang tak berapa strong ni, macam macam boleh terjadi. Jadi ana sentiasa berdoa dan berharap Allah mendengar hasrat hati ana dan keluarga terutamanya mak dan abah yang terlalu mengharapkan ana ikut jejak langkah abang abang dan akak akak ana. Ana pun harap one day, gambar ana dengan memakai jubah Konvo sambil pegang segulung ijazah akan turut tergantung di dinding rumah kami. I hope, I hope =)




Lepasni dah boleh la mula cari kerja, hati pun dah lapang rasanya. Weeee... =)
Dan , da, dan, tak sabar rasanya menunggu kepulangan Mr.Encik. Ada hadiah katanya.. haha weee bestnyaaa !

No comments:

Post a Comment