Sunday, 31 March 2013

Movie Worm Bodies

Assalamualaikum..

Hai hoi hai.. hehe today's topic ana nak cerita pasal movie yang bertajuk Worm Bodies. Semalam masa keluar jalan jalan dengan mr.encik, kami decided nak tengok movie tu. Actually, movie ni pasal seorang zombie, eh ! Seorang ? Hm seekor kot ? Hahaha whatever la. Zombie ni dia lain sikit antara zombie yang lain yang cuma ingat nak kokak otak manusia and makan organ organ manusia je. Tapi yang seekor ni lain sikit, dia pandai rasa lonely dan berfikir tentang hidup zombie dia tu. Hahaha, sampai la satu hari, dia terlalu lapar dia pun pergi ke bandar dengan kawanan zombie yang lain, then terjumpa sekumpulan remaja manusia yang lengkap bersenjata. Dijadikan cerita, zombie yang seekor ni pi serang la boyfriend kepada heroin filem ni. The best part is bila dia makan je otak boyfriend tu, terus dia terfikir kan heroin nye, yelaaa. Dah dia pi makan otak boyfriend, memang la tercintan dekat heroin. Zombie ni sanggup buat macam macam sebab dah syok dekat heroin ni.. 

Jeng..jeng..jeng. ! Dapat ke tidak zombie ni usha heroin tu untuk mendapatkan cintanya ? Hahaha, pergi la tengok dekat cinema or tunggu jela DVD keluar, Hahaha, cerita zombie ni memang lain dari yang lain dan sangat romantik+kelakar. hehe.. bagi 4 bintang. Yeayyy ! :)



- Si Zombie yang sweet :) -





- Zombie bila berwajah manusia, mata biru woahh -

Monday, 25 March 2013

IzuFarha & DieAna 


Orang kata saya gila, awak kata sebaliknya. Orang nampak saya tak cantik, awak nampak sayalah paling sempurna selepas emak awak. Orang kata kita takkan kekal lama, awak tepis semua itu dah buktikan ini lah kita sekarang. Orang kata saya taklayak dengan awak, ketulusan hati awak, kesucian hati awak, sifat pemurah awak, tapi awak pekakkan telinga dengan kata kata mereka. Sekarang inilah kita, masih berpegang teguh antara kita. Saya harap 5 tahun akan datang dan sampai bila bila, awak masih akan seperti sekarang dan awak masih akan tetap pertahankan hubungan kita. Ramai pertikaikan, kenapa saya masih memilih awak walaupun dulu saya pernah kenal lelaki lain dlm tempoh perhubungan kita. Awak tahu saya jawab apa ? Saya kata " aku belum pernah jumpa lelaki yang sanggup menangis bersama aku, aku belum pernah jumpa lelaki yang menitiskan airmatanya sewaktu membasuh luka aku masa aku excident dulu, aku belum pernah jumpa lelaki yang sanggup menghantar makanan kepada aku pada lewat malam selepas dia beli makanan tu dekat tempat yang jauh, aku belum pernah jumpa lelaki yang sanggup datang menjemput aku menaiki motor dan memberikan aku sweaternya padahal aku sendiri sudah memakai sweater yang nipis, dia rela berhujan kerana aku, aku belum pernah jumpa lelaki yang melakukan solat hajat dan berdoa untuk aku semasa aku gementar menunggu keputusan STPM aku, aku belum pernah jumpa lelaki yang sentiasa membelikan aku apa saja yang keluar keluar dari mulut aku, aku cemburu tengok perempuan ada rantai, dia belikan aku rantai, aku cemburu tengok perempuan pakai handphone mahal mahal, dia belikan aku handphone, hanya kerana tidak mahu aku berasa kurang ketika bersamanya, aku belum pernah jumpa lelaki yang bersungguh ingin mengenalkan aku dengan keluarganya, dan dia tidak pernah malu dengan aku. Sebab ? Umur kami, aku mengenalinya sewaktu aku tingkatan 4, dia sudah bergelar pelajar Politeknik, orang ketawakan dia kerana berkawan dan berkasih dengan seorang budak sekolah, tapi dia endahkan semua tu, dia memandang aku sebagai seorang perempuan yang sudah cukup matang, dia tidak malu memegang tangan aku, dia tidak malu diejek sebagai abang kepada aku. Biarlah ada orang lain yang nampak lagi sweet dari kita, sebab saya tahu kisah semua orang berbeza. Belum tentu mereka punya seorang kawan, kekasih, teman rapat yang sanggup bersusah payah seperti awak lakukan pada saya. Belum tentu mereka punya seorang yang hari hari melagukan lagu rindu dan kata kata semangat yang bersulam kasih sayang. Biarlah ada kekurangan pada dirinya, jujur aku tidak kisah kerana aku merasa aku jauh lebih banyak kekurangan darinya.  Saya rasa sudah cukup lengkap dengan adanya awak, semoga Allah mendengar doa kita, semoga Allah memandang kita dengan kasih sayangNya. Farhanah love You Forever Mohd Izuan Rashdii.