Sunday, 24 February 2013

Indahnya Kemaafan

Assalamualaikum..

Haih.. ana taktau la. Patut atau tidak terasa. Yes, ana memang seorang yang ego. Lagi lagi bila hati kita disakiti oleh orang yang kita dah sayang dan anggap macam adik. Serius ana tak pernah kisah pasal lelaki. Ya Allah, ana dah ada yang punya, yang pada ana lengkap semuanya, cukup segalanya. Mana mungkin ana nak cari lain? Sikap mesra ana ni selalu disalah faham orang.

Tapi takpelah, just let it be kan ? Dengan seikhlas hati, ana dah maafkan semua. Lagi pula, hidup ana sekarang lebih tenang dan aman. Alhamdulillah, mr.encik sangat memahami. Semua benda ana boleh kongsi dengan dia, dan dia takpernah marah atau salahkan ana. Dia anggap semua manusia buat salah. Untung nya ana dapat lelaki macam dia, Ya Allah :)

Mr.encik kata maafkanlah dan berbaik macam dulu.. dia memang lembut hati. Kadang kadang ana malu, ana perempuan, tapi ana kasar dan agak keras hati, tapi dia lembut dan pemaaf. Ya Allah, Ya Allah :)  Cakap banyak pun takguna, ana cuma nak cakap, ana dah maafkan semua, ana dah boleh lupakan apa saja persengkataan, ana bersedia menerima sesiapa dengan tangan terbuka. Yang muda hormati yang tua. Rasanya tahu kan macam mana nak contact, I'll be waiting, In Shaa Allah  =)




Wednesday, 20 February 2013

Mari Cegah Kanser Serviks !

Assalamualaikum semua  :)

Pagi tadi ana teman mak dengan abah pergi Melaka sebab abah ada program apa entah, sekali tu sambil sambil ana pun buatlah IC baru (sebelum ni setia guna IC darjah 6*hehe).. ingatkan nak tukar lesen memandu Percubaan(P) kepada full sebab dekat Pusat Tranformasi Bandar(UTC) tu lengkap ada semua Jabatan Jabatan Kerajaan, tapi malangnya start esok baru boleh. Ceh :(

Selepas habis urusan tu semua*IC baru gambar serupa gengster wa cakap luuuu*,terus heading ke destinasi seterusnya, iaitu MYDIN MITC, sekali tu ana pun ambil kesempatan pergi cekidauutt dekat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk tanya pasal suntikan HPV. Alhamdulillah, takde apa masalah, terus ambil dos suntikan yang pertama. Percuma tau. Ulang suara, PERCUMA ! hehe, before this mak ana pernah tanya dekat klinik private, satu dos bernilai RM150 above gitu. So jangan jadi bodoh or berlagak kaya, marilah ambil yang percuma. Kerajaan dah sediakan, sila manfaatkan. So nak terangkan sikit pasal HPV @ Kanser Serviks ni okay.. Jom baca :)




  • Di Malaysia, kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga yang dihidapi wanita Malaysia.
  • Vaksin untuk mencegah kanser ini disebut sebagai Papillomavirus atau HPV.
  • Sebaiknya vaksin ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
  • Vaksin ini diberi di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali . 


# Suntikan pertama (anytime)
# Suntikan kedua 1 bulan selepas suntikan pertama
# Suntikan ketiga 6 bulan selepas suntikan pertama.


KRITERIA 

* Warganegara yang berumur 18 ke atas
* Tidak hamil
* Tiada kesan sampingan teruk selepas suntikan
* Tiada alahan yang teruk



-  BROSUR*curik dekat klinik. Hahaha -







Ingat ye, adalah penting anda semua melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos ni memberi perlindungan optimum mencegah 70%  kanser serviks. So, korang penting okay untuk kita yang perempuan ni ambil suntikan ni.. untuk masa hadapan kita jugak. Prevention is better than cure, right ? Ana pun masih ada 2 lagi dos yang ana kena lengkapkan. Tak sakit mana pun just kebas kebas je :) 
So, ayuh la kita beramai ramai gegar LPPKN dapatkan suntikan ini okay.. Sampai sini dulu ye, take care readers. Much love :-*