Monday, 18 March 2013

Kelegaan Teramat ! Amat ! Amat ! =)

Assalamualaikum..

Ya Allah, Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada kata kata lain yang mampu diucapkan melainkan kata kata kesyukuran kepadaMu. Terima kasih Kau telah reda kan keluh kesah di hatiku, gundah gulana di jiwaku. Aku bersyukur, biarpun kata orang tak seberapa keputusan ana ni.. tapi ana sangat bersyukur. Sebab ana tahu diri ana macam mana, cara pembelajaran, cara ana hidup, pergaulan ana.. Rasanya selayaknya dengan keputusan yang ana dapat ni. Sipi je nak jejak 3.00. Tapi tak kesampaian, memang lah rasa ralat, tapi ana bersyukur sebab bila tengok keadaan ana, ramai lagi sahabat sahabat lain yang berduka cita. Ya Allah, berikanlah sahabat sahabatku kekuatan. Sedih ana tengok mereka. Yela, kita bergelak ketawa sama sama, buat apa semua sama sama, tapi ending pulak taksama. Takpe, ana percaya setiap orang ada rezekinya masing masing. Dan ana berharap sangat lepasni hasrat ana nak menjejakkan kaki ke Universiti akan tercapai, In Shaa Allah. Bersangka baiklah dengan Tuhanmu =)

So, lepasni kena ada satu anjakan paradigma, berubahlah ana ! Demi masa depan juga. Ana kena pastikan masa isi borang UPU, semua maklumat mesti tepat dan jangan ada silap. Kalau tak, boleh jadi sebab melepas nak masuk ke U, dengan keputusan yang tak berapa strong ni, macam macam boleh terjadi. Jadi ana sentiasa berdoa dan berharap Allah mendengar hasrat hati ana dan keluarga terutamanya mak dan abah yang terlalu mengharapkan ana ikut jejak langkah abang abang dan akak akak ana. Ana pun harap one day, gambar ana dengan memakai jubah Konvo sambil pegang segulung ijazah akan turut tergantung di dinding rumah kami. I hope, I hope =)




Lepasni dah boleh la mula cari kerja, hati pun dah lapang rasanya. Weeee... =)
Dan , da, dan, tak sabar rasanya menunggu kepulangan Mr.Encik. Ada hadiah katanya.. haha weee bestnyaaa !

Sunday, 3 March 2013

Berkursus Ke Bercuti ? :)

Assalamualaikum....

Hai hai hai ! Hehehe, penatnye laa. Baru aje balik dari Port Dickson. Ana join kursus IT anjuran Puteri UMNO Melaka. Kursus ni diadakan di Mayang Sari Resort, Port Dickson. Perjalanan bermula jam 6 petang, sampai je dah 8 malam macam tu, terus check in then kemas kemas lepastu dipanggil turun untuk berbabeque. Auww best giler, after makan terus buat game. Hehehe, kumpulan kami menang pertandingan Goreng Pisang ! Alaa, game yang kena sambung sambung tu. Tahu tak ? Time sekolah kan selalu main dedulu. Heh ? Tak ingat jugak ? Alaa, takdapat la den nak nolong. Hehehe

Okay, stop melalut. Ana tidur pukul 3 pagi, bangun pulak seawal jam 6 pagi*adoi mata macam letak batu 10kg. Berat sangat ! Lepas solat dan siap siap, terus turun then bersenamrobik dan bergangnam style. Haa hambek kau. Mahu tergeliat dibuatnya, poco poco je sampai 2x. Hehehe, tapi bestla. Mengeluarkan peluh tau, dekat rumah memang takde lah nak bersenam bagai ni kan. Right after habis bersenamrobik, terus turun ke pantai main telematch. Antara gamenya adalah lari sambil pakai kasut Phua Chu Kang, Lari dalam guni, cari selipar sendiri dan game terakhir adalah yang PALING BEST iaitu naik Banana Boat ! Yehuuuuu =)
Haa, sesiapa yang dah pernah naik mesti tahu camna rasa bestnya bila naik dan dihempas dalam air. Memang gempak woahh ! Ya Allah, best sangat sangat tersangat sangat ! Double thumbs up ! :)

Lepas habis je naik Banana Boat tu, mandi kolam pula la jawabnya. Resort tu punya kolam punya la besar dan panjangggggg*betul panjang tu :D
Lepas aje mandi manda, terus naik bilik, kemas kemas dan ready untuk check out. Then kitaorg 
menikmati hidangan tengahari dan terus ke meeting room untuk menjalani kursus pendek. Memang betul pendek, dalam sejam lebih je kot, lepastu penyampaian hadiah dan terus balik. Dalam bas memang tidur ajelah jawabnya.. Punyalah penat dan mengantuk.. Hah meh layan gambar pulak bila dah penat menaip nih haaaa =)






- Bakar membakar -
- Get ready before naik Banana Boat -




- Haa, nak gerak dah tu*PEACE* 



- Tunggu masa dia nak jatuhkan dalam air -

Kenapa title tu macam tu ek ? Haa, sebab diatas ni laa. nak kata berkursus tapi macam bercuti puleee. Hahaha, punya la best wokk :) Okay readers, rasanya sampai sini je kot. Nak type panjang panjang pun dah blur da ni. Hehehe, tata semua. Love You All  =)